Rancangan Pengajaran Harian 1 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian  1


Nama Guru :  Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Hadas

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul

Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan dan perbincangan.



Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai hadas melalui pendidikan ibu bapa di rumah.

2) Murid-murid sudah mengetahui cara untuk beristinjak selepas membuang air kecil atau air besar.

3) Murid-murid pernah terkentut apabila sedang menunaikan solat lalu segera mengambil wuduk dan bersolat semula.



Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyebut pengertian hadas dan menyenaraikan bahagian-bahagiannya.

2) Murid-murid dapat menunjukkan cara bersuci daripada hadas.

3) Murid-murid dapat menyenaraikan larangan-larangan semasa berhadas.



Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitkan, membezakan, mengkategorikan dan membuat kesimpulan.

Penerapan Nilai : Menjaga kebersihan rohani dan jasmani dan berdisiplin.

Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba, pen dakwat, papan putih, kad jawapan dan gambar.


Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi

(5 Minit)
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada gambar ini?

Andaian jawapan : Orang terkentut.

2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar yang cikgu tunjukkan?

Andaian jawapan : Tak tahu.
1. Guru menampal sekeping gambar orang terkentut pada papan putih.

2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.

3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.

4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.

Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Gambar.
 Langkah 1

(7 Minit)
Pengertian Hadas :

Keadaan tidak suci pada diri seseorang yang menyebabkan ibadah tertentu seperti solat, tawaf, menyentuh dan membawa Al-Quran tidak sah dilakukannya.

Perbezaan antara hadas dan najis:

(i) Hadas 
  • Tidak boleh dilihat.
  • Hanya boleh disucikan dengan berwuduk, mandi wajib atau bertayamum (jika tiada air).
(ii) Najis
  • Boleh dilihat.
  • Boleh disucikan dengan membuang najis serta membasuh tempat yang terkena najis itu.
1. Guru menerangkan pengertian hadas kepada murid-murid.

2. Guru menyuruh murid-murid berbincangkan secara berdua-dua mengenai perbezaan antara hadas dan najis.

3. Guru menyuruh murid-murid menerangkan apa yang telah dibincangkan dalam berkumpulan mengenai perbezaan antara hadas dan najis.

4. Berdasarkan pada penerangan yang diberikan oleh murid-murid, guru memberikan contoh hadas dan najis dengan menggunakan gambar pada slaid.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.
  • Kerjasama.

Teknik :
  •  Syarahan.

Aktiviti :
  • Berbincang secara berkumpulan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
  • Menaakul.


Kemahiran Berfikir :
  • Membezakan.
  • Mengkategorikan.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin.
  • Komputer riba.
 Langkah 2

(6 Minit)
Bahagian Hadas :

Hadas terbahagi kepada dua:

(i) Hadas Kecil

Keadaan tidak suci pada diri seseorang yang disebabkan berlaku padanya perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Perkara yang menyebabkan hadas kecil (batal wuduk) :

1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur seperti kentut dan membuang air kecil atau air besar.
2. Tidur yang tidak tetap dua papan punggung.
3. Hilang akal seperti pitam atau mabuk.
4. Bersentuham kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah tanpa lapik.
5. Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tapak tangan atau perut jari.


(ii) Hadas Besar

Keadaan tidak suci pada diri seseorang yang menyebabkan ia diwajibkan mandi jika hendak melakukan ibadah seperti solat, tawaf menyentuh atau membawa Al-Quran.

Perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar:

  • Bagi lelaki dan perempuan
1. Keluar air mani sama ada dalam keadaan mimpi atau jaga.

2. Bersetubuh.

3. Meninggal dunia yang bukan mati syahid.

  • Bagi perempuan sahaja
1. Keluar darah haid.

2. Keluar darah nifas.

3. Wiladah (melahirkan anak).
1. Guru menerangkan pengertian hadas kecil dan hadas besar.

2. Guru menampal beberapa keping kad imbasan gambar situasi yang menyebabkan berlakunya hadas kecil dan hadas besar pada papan putih di sebelah kanan dan dibiarkan ruangan yang kosong pada sebelah kiri untuk murid-murid mengisi jawapan.

3. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi ayat-ayat perkara yang menyebabkan hadas kecil dan hadas besar pada kad manila untuk dijadikan sebagai kad jawapan.

4. Guru meletakkan semua kad jawapan tersebut  ke dalam sebuah kotak yang menarik kemudian menggoncangkan kotak tersebut.

5. Guru meminta tujuh orang murid untuk mengambil satu kad jawapan di dalam kotak dan menampal kad jawapan di sebelah kiri gambar.

6. Guru menyemak jawapan yang telah dibuat oleh murid-murid.

7. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.

Teknik :
  • Permainan.
  • Soal jawab.

Aktiviti :
  • Permainan.
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Membaca.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Kad jawapan.
  • Kad imbasan gambar.


  Langkah 3 

(4 Minit)
Cara-cara Bersuci Daripada Hadas :

Cara untuk bersuci daripada hadas kecil :
  • Berwuduk
  • Bertayamum (jika tiada air)
Cara untuk bersuci daripada hadas besar :
  • Mandi wajib
  • Bertayamum (jika tiada air)
1. Guru menunjukkan gambar cara-cara bersuci daripada hadas iaitu berwuduk, bertayamum dan mandi wajib kepada murid-murid dengan menggunakan kad imbasan gambar secara satu persatu.

2. Guru membuat dan menunjukkan cara-cara bersuci daripada hadas seperti berwuduk dan bertayamum  kepada murid-murid.

3. Murid-murid mengikuti perbuatan guru melakukan cara-cara bersuci daripada hadas tersebut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Patuh akan arahan.
  • Bersungguh-sungguh. 

Teknik :
  • Simulasi.

Aktiviti :
  • Membuat lakonan.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Kad imbasan gambar.
 Langkah 4

(4 Minit)
Larangan-larangan Ketika Berhadas :

Situasi 1 :
Bolehkah seseorang itu melakukan sujud syukur setelah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam keadaan tidak berwuduk?

Situasi 2 :
Bolehkah seseorang itu meneruskan puasa pada bulan Ramadan apabila dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan seluarnya dibasahi dengan air mani?
1. Guru membuat aktiviti perbincangan dengan murid-murid mengenai beberapa situasi larangan-larangan ketika berhadas.

2. Guru dan murid-murid menyemak jawapan hasil perbincangan mereka bersama-sama.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat penilaian.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Kerjasama.

Teknik :
  •  Perbincangan.

Aktiviti :
  • Berbincang secara berkumpulan.

Kemahiran :
  • Menaakul.
 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular