Rancangan Pengajaran Harian 4 (Syafiq Aiman)
Rancangan Pengajaran Harian 4
Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman
Matapelajaran : Ibadah Darjah 3
Kelas : 3 Amanah
Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang
Bilangan : 20 orang murid
Tajuk : Mandi
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat, menyanyi, mengingat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, permainan, nyanyian dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid selalunya mandi di rumah selepas bangun dari tidur, selepas pulang dari sekolah dan selepas bermain dengan rakan-rakan.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid-murid dapat menyenaraikan jenis-jenis mandi.
2) Murid-murid dapat menyenaraikan rukun-rukun mandi wajib.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan sunat-sunat mandi.
1) Murid-murid dapat menyenaraikan jenis-jenis mandi.
2) Murid-murid dapat menyenaraikan rukun-rukun mandi wajib.
3) Murid-murid dapat menyenaraikan sunat-sunat mandi.
4) Murid-murid dapat menunjukkan cara-cara mandi wajib.
Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..
Penerapan Nilai : Menjaga kebersihan rohani dan jasmani dan berdisiplin.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, roda berputar dan kertas lirik lagu.
Masa /
Langkah
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2
Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai :
|
Set
Induksi
(4 Minit)
|
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada gambar ini?
Andaian jawapan : Seorang lelaki mendapati tubuh badannya berbau busuk
dan kotor.
2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar
yang cikgu tunjukkan?
Andaian jawapan : Tak tahu.
|
1. Guru menampal gambar seorang lelaki mendapati tubuh badannya berbau
busuk dan kotor pada papan putih.
2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.
3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan
telah diketahuinya.
4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
|
Kemahiran Berfikir :
Strategi :
Pendekatan :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 1
(10 Minit)
|
Jenis-jenis Mandi :
(i) Mandi wajib
Mandi yang wajib dilakukan bagi seseorang yang berhadas besar atau
kerana mati yang bukan mati syahid.
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi :
1. Keluar air mani.
2. Wiladah (melahirkan anak.
3. Keluar darah haid bagi perempuan.
4. Keluar darah nifas bagi perempuan.
5. Jimak (bersetubuh).
6. Mati yang bukan mati syahid.
(ii) Mandi sunat
Mandi yang mana jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan
tidak berdosa.
Antara mandi sunat ialah :
1. Mandi pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat fardu Jumaat.
2. Mandi pada dua hari raya iaitu 'Idul Fitri dan 'Idul Adha sebelum
menunaikan solat sunat dua hari raya.
3. Mandi kerana berlakunya gerhana matahari atau bulan sebelum
menunaikan solat sunat dua gerhana.
4. Mandi kerana meminta hujan sebelum menunaikan solat sunat Istisqa'
(meminta hujan).
5. Mandi setelah memandikan mayat.
6. Mandi setelah masuk agama Islam (bagi saudara baru).
7. Mandi setelah sembuh dari pitam, pengsan dan gila.
8. Mandi kerana ihram haji atau umrah.
9. Mandi sebelum masuk ke kota Mekah.
(iii) Mandi harus
Mandi ini boleh dilakukan pada bila-bila masa atas sebab telah berubah
bau badan dan berasa letih selepas bermain dan sebagainya.
|
1. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi ayat-ayat jenis
mandi pada kad manila yang dipotong berbentuk bulat untuk dijadikan
sebagai roda berputar.
2. Guru meminta beberapa orang murid untuk datang ke depan dan
memusingkan roda berputar.
3. Jika roda berputar itu berhenti berputar dan salah satu jenis-jenis
mandi itu terkena pada jarum penunjuk, maka murid-murid perlu memberi
penerangan mengenai salah satu jenis-jenis mandi.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 2
(6 Minit)
|
Rukun-rukun Mandi Wajib :
(i) Niat.
نَوَيْتُ
رَفْعَ ٱلْحَدَثِ ٱلْأَكْبَرِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.
(ii) Menghilangkan najis pada badan sebelum mandi.
(iii) Menyampaikan serta meratakan air ke seluruh badan.
|
1. Guru menyuruh murid murid membuat perbincangan secara
berkumpulan mengenai rukun-rukun mandi wajib.
2. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan yang mana satu
kumpulan untuk satu rukun mandi wajib yang perlu diberi penerangan.
3. Murid-murid perlu memberi penerangan mengenai salah satu rukun
mandi wajib.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
|
Langkah
3
(5 Minit)
|
Sunat-sunat Mandi Wajib :
Wahai murid-murid ketahuilah, ada 11 sunat mandi wajib, yang pertama
hadap ke arah kiblat, kedua membaca bismillah ketika memulakan mandi wajib,
ketiga basuh kedua-dua tapak tangan, keempat basuh kemaluan, kelima
ambil wuduk dahulu, keenam gosok seluruh tubuh badan, ketujuh dahulukan
anggota yang kanan, kelapan jirus air ke atas kepala diulang sebanyak tiga
kali, kesembilan mandi di tempat tertutup, kesepuluh muwalat berturut-turut
dan kesebelas baca doa selepas mandi wajib itulah semua sunat mandi wajib.
(Olahan lagu daripada kitab Manzumah Bughiyatisul).
|
1. Guru menulis lirik lagu sunat-sunat mandi wajib dan membuat olahan
rentak lagu daripada kitab Manzumah Bughiyatisul.
2. Guru menyanyikan lagu tersebut dan murid-murid ikut menyanyi sekali
sehingga lancar.
3. Guru menyuruh murid-murid menyanyikan lagu itu bersama-sama tanpa
guru mengikut nyanyi bersama.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Penutup
(3 Minit)
|
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang
penting.
|
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
|
Nilai :
|
Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................. .............................................
( ) ( )
Ulasan
Catat Ulasan