Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Strategi
Strategi
Cara atau langkah atau tundakan yang mesti dijalankan untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pengajaran
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan pelajar.
3. Berpusatkan bahan.
4. Strategi pengajaran kumpulan.
5. Strategi pengajaran kelas.
6. Strategi pengajaran individu.
Strategi Pemusatan Guru
1. Guru memainkan peranan yang sama.
2. Guru yang menguasai dan mengawal segala aktiviti
pelajaran.
3. Guru banyak memberikan penerangan dan murid
mendengar dna memerhati.
4. Kaedah dan teknik yang digunakan seperti syarahan,
penerangan, demonstrasi, tunjuk cara, bercerita.
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru
1. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid
adalah sehala.
2. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik murid tidak
berpeluang menyumbangkan pendapat mereka.
3. Strategi pengajaran lebih diutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.
4. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
5. Murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
6. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian
fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan
menghafal dan kurang berupaya membuat interprestasi.
Strategi Pemusatan Murid
1. Murid memainkan peranan yang penting.
2. Murid digalak melibatkan diri secara aktif.
3. Guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing
murid menjalnkan aktiviti pembelajaran.
4. Kaedah dan teknik yang digunakan seperti inkuiri
penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran.
Ciri-Ciri Pemusatan Murid
1. Komunikasi berlaku secara dua hala iaitu antara guru
dan murid.
2. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik.
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
4. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian
kerap kali digunakan untuk menguji kelemahan murid.
5. Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.
Berpusatkan Bahan
Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna
secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
Strategi Berpusatkan Bahan
Kaedah yang berkaitan ialah buku skrab, modul, audio-visual
dengan penggunaan projektor televisyen, komputer dan sebagainya.
Ciri-Ciri Berpusatkan Bahan
1. Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting.
2. Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dengan
bahan pengajaran atau
murid dengan bahan pengajaran.
3. Menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan
rohani.
4. Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.
5. Dengan adanya bahan-bahan pelajaran, ilmu
pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.
Ulasan
Catat Ulasan