Rancangan Pengajaran Harian 10 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian 10


Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Khutbah

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.

Kaedah : Syarahan, soal jawab, dan perbincangan.


Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid lelaki pernah mengikuti bapanya pergi ke masjid untuk mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.

2) Murid-murid pernah mengikuti ibu bapanya pergi ke masjid untuk mendengar khutbah hari raya  'Idul Fitri dan 'Idul Adha selepas menunaikan solat sunat hari raya 'Idul Fitri dan 'Idul Adha.



Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat memberikan contoh tujuan atau hikmah khutbah.

2) Murid-murid dapat menyenaraikan jenis-jenis solat yang disertai khutbah.



Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan.

Penerapan Nilai :Khusyuk, istiqamah dan hormat.

Bahan Bantu Mengajar : Teks ucapan khutbah dan tongkat.

Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca   bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi

(5 Minit)
Guru membaca khutbah sambil memegang tongkat.
1. Guru menyediakan teks ucapan khutbah dan membacanya pada bahagian kalimah pujian bagi Allah, ayat Al-Quran, kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan wasiat dengan takwa sambil memegang tongkat.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Teks ucapan khutbah.
  • Tongkat.
 Langkah 1

(7 Minit)
Tujuan atau Hikmah Dua Khutbah :

1. Meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah dan menginsafi diri.

2. Menambahkan pengetahuan umat Islam.
1. Guru menyuruh murid-murid berbincang secara berdua-dua mengenai tujuan atau hikmah dua khutbah.

2. Guru menyuruh murid-murid menerangkan apa yang telah dibincangkan dalam berkumpulan mengenai tujuan atau hikmah dua khutbah.

3. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
Strategi :

  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
Nilai :

  • Bekerjasama.

Teknik :

  • Perbincangan.

Aktiviti :

  • Berbincang secara berkumpulan.

Kemahiran :

  • Menaakul.
 Langkah 2

(6 Minit)
Jenis Solat yang Disertai Khutbah :

1. Solat fardu Jumaat.

2. Solat sunat hari raya 'Idul Fitri dan 'Idul Adha.

3. Solat sunat Kusuf (gerhana matahari) dan Khusuf (gerhana bulan).

4. Solat sunat Istisqa' (meminta hujan).
1. Guru menyebutkan jenis-jenis solat yang disertai khutbah secara satu persatu dan murid-murid mengikut sebutan guru.

2. Guru menerangkan jenis-jenis solat yang disertai khutbah secara lebih lanjut.
Kemahiran Berfikir :

  • Membezakan.
  • Mengkategorikan.

Strategi :

  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :

  • Menumpukan perhatian.

Teknik :

  • Syarahan.

Kemahiran :

  • Mendengar.
  • Menaakul.

 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular