rancangan pengajaran harian 10(arieff azman)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 1

Nama Guru : Muhammad Arieff bin Azman
Matapelajaran : Pendidikan Tajwid
Kelas : 4 Amanah
Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 2.30 petang-3.00 petang
Bilangan : 20 orang pelajar
Tajuk : Membaca al quran
Kemahiran : Membaca,mendengar dan menaakul
Kaedah : Syarahan,soal jawab
Pengetahuan sedia ada :
1)Murid-murid mengetahui al quran sebagai kitab suci
2)Murid-murid mengetahui bahawa beriman kepada kitab merupakan salah satu rukun iman
Kemahiran berfikir: : Mengaitkan maklumat,membezakan maklumat serta membuat kesimpulan












Pendahuluan
(3 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشرعلينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
1.Guru meminta murid-murid untuk membaca doa

2.Guru membaca doa bersama dengan murid-murid
Nilai:Khusyuk
Set Induksi
(5 minit)
1.Apakah yang terdapat di dalam gambar ini?

Andaian jawapan:
Senaskhah al quran

2.Tahukah murid-murid apa yang cikgu mahu mengajarkan apa?

Andaian jawapan:
Tidak tahu
1.Guru menampalkan sekeping gambar senaskhah al quran

2.Guru menanyakan kepada murid mengenai gambar tersebut

3.Murid-murid menjawab soalan guru

4.Guru mengaitkan gambar dengan tajuk akan akan dipelajari
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan
Sumbang saran

Strategi
-berpusatkan murid
-berpusatkan bahan

Pendekatan
-Deduktif

Nilai
-menumpukan perhatian

Bahan bantu mengajar
-gambar
Langkah 1
(7 minit)
Adab membaca al quran

-membaca al quran mestilah dalam keadaan bersih dan berwudu’ serta mengambil al quran hendaklah dengan tangan kanan sebaik-baiknya memegang dengan kedua-dua belah tangan
-membaca al quran ditempat yang bersih seperti dirumah,musolla dan yang paling utama ialah masjid
-menghadap kiblat,baca dengan khusyuk dan tenang sebaik-baiknya berpakaian kemas.
-ketika membaca al quran mulut hendaklah bersih,tidak berisi makanan,sebaik-baiknya bersihkan dahulu seperti bersugi
-sebelum membaca alquran disunatkan membaca istiazah

1.Guru menerangkan kepada murid-murid tentang pengertian hadas

2.Murid-murid mendengarkan apa yang disampaikan oleh guru
Nilai: khusyuk

Strategi:
-berpusatkan guru


Langkah 2
(6 minit)
Sambungan;

-membaca alquran dengan tertil iaitu bacaan yang perlahan dan tenang
-bagi orang yang sudah mengetahui
erti dan ayat-ayat alquran, disunatkan membaca dengan penuh perhatian tentang ayat yang dibaca itu dan maksudnya
-hendaklah diserapkan sepenuhnya erti dan maksud lebih-lebih lagi apabila sampai pada ayat yang mengambarkan nasib orang yangberdosa dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka
-membaca alquran dengan suara yang bagus dan merdu kerana dapat menambahkan tertarik kepada alquran
-jangan dputuskan bacaan alquran hanya kerana hendak bercakap dengan orang lain.Pembacaan hendaklah diteruskan sampai pada batas yang telah ditentukan
1.Guru menerangkan adab membaca alquran kepada murid-murid

2.Murid-murid mendengar dengan teliti penerangan guru

3.guru meminta murid supaya membaca semula adab membaca alquran secara beramai-ramai.

4.guru membagikan kumpulan kepada 1 kumpulan terdapat 2 orang murid.

5.setiap kumpulan perlu membincangkan satu adab membaca alquran
Strategi
-berpusatkan guru
-berpusatkan murid

Nilai
-khusyuk
-berani mencuba
-patuh

Bahan bantu mengajar
-kitab

Langkah 3
(3minit)
Belajar alquran dan mengajarkan;

-merupakan kewajipan suci agi mulia
-Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;”sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagian pergi mempelajari ayat-ayat dalam kitab Allah lebih baik daripada orang yang mengerjakan solat sunat seratus rakaat”

-seterusnya hadith oleh ibnu abbas;Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud);sesiapa yang mempelajari kitab Allah,kemudian diamalkan isi terkandung di dalamnya,Allah akan melindunginya daripada kesesatan dan akan dipelihara pada hari kiamat daripada siksa yang berat

Peringkat pembelajaran alquran iaitu;

-Belajar membaca sampai lancar dan baik,menurut kaedah-kaedah yang berlaku dalam qiraat dan tajwid
-belajar erti dan maksud sehingga dapat memahami maksud-maksud yang terkandung di dalamnya
-belajar menghafaz sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w demikian juga pada masa tabiin dan seterusnya diseluruh umat Islam
1.guru menerangkan tentang belajar alquran dan mengajarkan serta hadith Rasulullah s.a.w

2.murid-murid mendengar penerangan guru

3.guru menjelaskan peringkat-peringkat pembelajaran alquran kepada murid

4.murid-murid mendengarkan penjelasan guru

5.guru meminta murid-murid mengulang semula kaedah-kaedah pembelajaran alquran
Kaedah
-komunikatif

Nilai
-khusyuk
-berani mencuba
-patuh

Alat bantu mengajar
-kitab




Langkah 4
(4minit)
Tugas mengajar alquran itu terkandung tiga kemuliaan iaitu;

-kemuliaan mengajar yang merupakan warisnya tugas nabi
-kemuliaan membaca alquran ketika mengajar
-kemuliaan mendalami maksud yang terkandung di dalamnya.dengan mengajar terus menerus ia akan menjadi orang yang mahir dan memahami isi alquran

Hadith diriwayatkan oleh bukhari dan muslim daripada siti aishah r.a; nabi s.a.w yang bersabda (yang bermaksud),orang yang mahir membaca alquran kelak akan mendapat tempat di dalam surga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik,dan orang yang membaca alquran tetapi tidak mahir dengan bacaan tersekat-sekat dan agak berat lidahnya (belum lancar),ia mendapat dua pahala.
1.Guru menerangkan tugas mengajar alquran yang terkandung kemuliaan serta hadith nabi s.a.w

2.murid mendengar penerangan guru


Nilai
-khusyuk

Strategi
-berpusatkan guru

Penutup
(2 minit)
Rumusan pelajaran yang didapati;
Mengulang semula setiap isi penting
1.Guru merumuskan pelajaran yang disampaikan.
Nilai:
-khusyuk
-patuh


 Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.


Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular