Rancangan Pengajaran Harian 2 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian 2


Nama Guru :  Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019


Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Haid, Nifas dan Istihadhah

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul

Kaedah : Syarahan, soal jawab dan perbincangan



Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai hadas melalui pendidikan ibu bapa di rumah.

2) Murid-murid sudah mengetahui cara untuk beristinjak selepas membuang air kecil atau air besar.

3) Murid-murid pernah terkentut apabila sedang menunaikan solat lalu segera mengambil wuduk dan bersolat semula.



Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyebut pengertian haid, nifas dan istihadhah.

2) Murid-murid dapat membezakan antara haid, nifas dan istihadhah dan menunjukkan cara-cara bersuci daripadanya.

3) Murid-murid dapat menyenaraikan larangan-larangan ketika haid, nifas dan istihadhah.



Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitkan, membezakan, membuat penilaian dan membuat kesimpulan.

Penerapan Nilai : Menjaga kebersihan rohani dan jasmani dan berdisiplin.

Bahan Bantu Mengajar : Pen marker, papan putih,  dan gambar.

Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi

(5 Minit)
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada gambar ini?

Andaian jawapan : Darah.

2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar yang cikgu tunjukkan?

Andaian jawapan : Najis, haid, bangkai.
1. Guru menampal sekeping gambar darah pada papan putih.

2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.

3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.

4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Gambar.
 Langkah 1

(7 Minit)
Pengertian Haid, Nifas dan Istihadhah :

Haid : Darah yang keluar daripada rahim perempuan pada setiap bulan seawal umur sembilan tahun yang bukan disebabkan penyakit atau wiladah (melahirkan anak).

Nifas : Darah yang keluar daripada rahim perempuan ketika atau selepas melahirkan anak.

Istihadhah : Darah penyakit yang keluar daripada rahim perempuan selain pada masa haid dan nifas.
1. Guru menerangkan pengertian haid, nifas dan istihadhah kepada murid-murid.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  •  Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.

 Langkah 2

(6 Minit)
Tempoh Masa Bagi Haid, Nifas dan Istihadhah :

Haid :

i) Paling singkat : Sehari semalam.
  
ii) Biasa : 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

iii) Paling lama : 15 hari 15 malam.

iv) Istihadhah : Keluar lain daripada masa haid kurang 1 hari 1 malam atau lebih 15 hari 15 malam.


Nifas :

i) Paling singkat : Satu lahzhah (sangat singkat).

ii) Biasa : 40 hari 40 malam.

iii) Paling lama : 60 hari 60 malam.

iv) Istihadhah : Lebih 60 hari 60 malam.


Istihadhah : Tiada tempoh masa tertentu.
1. Guru menulis  perkataan haid, nifas dan istihadah pada papan putih di bahagian tengah sebelah kanan dan membiarkan ruangan kosong di sebelah kiri ketiga-tiga perkataan untuk murid-murid menulis jawapan tempoh masa bagi haid, nifas dan istihadhah.

2. Guru meminta beberapa orang murid untuk menulis jawapan mereka pada papan putih.

3. Murid-murid menulis jawapan mereka pada papan putih di ruangan kosong di bawah kedua-dua perkataan tersebut.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.

Teknik :
  •  Soal jawab.

Aktiviti :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Membaca.
  • Menulis.
  • Menaakul.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

  • Papan putih.
  • Pen marker.
  Langkah 3 

(4 Minit)
Perkara Yang Dilarang Ketika Haid dan Nifas :

1. Mendirikan solat sama ada yang wajib atau sunat.

2. Berpuasa fardu atau sunat.

3. Mengerjakan tawaf fardu atau sunat.

4. Menyentuh atau membawa Al-Quran.

5. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

6. Berhenti atau duduk di dalam masjid.

Situasi 1 :
Bolehkah seseorang perempuan itu melakukan sujud syukur setelah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam keadaan haid?

Situasi 2 :
Bolehkah seseorang perempuan itu yang telah berhenti haidnya tetapi belum mandi wajib berpuasa pada bulan Ramadan?
1. Guru membuat aktiviti perbincangan dengan murid-murid mengenai beberapa situasi larangan-larangan ketika haid dan nifas.

2. Guru dan murid-murid menyemak jawapan hasil perbincangan mereka bersama-sama.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat penilaian.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Kerjasama.

Teknik :

  • Soal jawab.
  • Perbincangan.



Aktiviti :
  • Berbincang secara berkumpulan.

Kemahiran :
  • Menaakul.
 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : 
Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular