Rancangan Pengajaran Harian 3 (Syafiq Aiman)
Rancangan Pengajaran Harian 3
Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman.
Matapelajaran : Ibadah Darjah 3
Kelas : 3 Amanah
Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang
Bilangan : 20 orang murid
Tajuk : Baligh
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, permainan, soal jawab dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai baligh melalui pendidikan ibu bapa di rumah.
2) Murid-murid pernah mengalami perubahan fizikal tubuh badan yang menunjukkan telah mencapai tahap baligh atau peringkat kematangan.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid-murid dapat menyebut pengertian baligh dan tanda-tandanya.
2) Murid-murid dapat memahami baligh sebagai tanda bermulanya taklif.
Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitkan, membuat penilaian dan membuat kesimpulan.
Penerapan Nilai : Berfikir secara matang.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, poket letak gambar, kad berayat, pen marker dan papan putih.
Masa /
Langkah
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2
Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
|
1. Guru meminta
murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca
bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai :
|
Set Induksi
(5 Minit) |
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada gambar ini?
Andaian jawapan : Bayi, kanak-kanak. remaja. Dan dewasa.
2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan
gambar yang cikgu tunjukkan?
Andaian jawapan : Tak tahu.
|
1. Guru menampal gambar pertumbuhan dan perkembangan
manusia secara berperingkat pada papan putih.
2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar
tersebut.
3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai
dan telah diketahuinya.
4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan
dipelajari.
|
Kemahiran Berfikir :
Strategi :
Pendekatan :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah
1
(7 Minit)
|
Pengertian Baligh :
Pada bahasa : Sampai atau
jelas.
Pada istilah : Satu tahap umur manusia sudah sampai atau jelas dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi untuk menerima dan mengamalkan seluruh perintah Allah dan meninggalkan seluruh larangannya. Perkembangan umur manusia menurut Islam :
Mumaiyiz :
Baligh :
|
1. Guru menerangkan pengertian baligh kepada murid-murid.
2. Guru menulis
perkataan bayi, kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa yang menunjukkan
perkembangan manusia mengikut umur dan peringkat pada papan putih di sebelah
kanan dan membiarkan ruangan kosong di sebelah kiri kelima-lima perkataan
untuk murid-murid menulis jawapan umur bagi setiap peringkat.
4. Guru meminta lima orang
murid untuk menulis jawapan mereka pada papan putih.
5. Murid-murid menulis
jawapan mereka pada papan putih di ruangan kosong di sebelah kiri kelima-lima
perkataan tersebut.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah
2
(6 Minit)
|
Tanda-tanda
Baligh :
Tanda-tanda dari segi jasmani :
Lelaki
Perempuan
|
1. Guru menulis perkataan lelaki dan perempuan pada papan putih di bahagian tengah sebelah kanan dan membiarkan ruangan kosong di sebelah kiri kedua-dua perkataan untuk murid-murid menulis jawapan tanda-tanda baligh bagi lelaki dan perempuan dari segi dalaman dan jasmani.
2. Guru meminta beberapa orang murid untuk menulis jawapan mereka pada papan putih.
3. Murid-murid menulis jawapan mereka pada papan putih di ruangan kosong di sebelah kiri kedua-dua perkataan tersebut.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 3
(4 Minit)
|
Taklif :
Maksud taklif
Tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh orang
Islam setelah baligh :
1.Wajib melakukan amalan fardu ain seperti solat
dan puasa.
2. Wajib menuntut ilmu.
3. Wajib melakukan suruhan fardu kifayah yang
bersesuaian dengan peringkat umur dan tanggungjawab mengikut syariat Islam.
4. Wajib meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang oleh Islam seperti mencuri, meragut, berzina dan maksiat-maksiat
yang lain.
5. Wajib menutup aurat.
|
1. Guru menerangkan maksud taklif.
2. Guru menampal beberapa keping gambar tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh orang Islam setelah baligh pada kad manila.
3. Guru menampal kad manila yang dipotong berbentuk segi empat pada sekeliling dinding di dalam kelas untuk dijadikan sebagai poket letak kad bergambar. 4. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi ayat-ayat tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh orang Islam setelah baligh pada kad manila untuk dijadikan sebagai kad berayat. 5. Guru meletakkan semua kad berayat tersebut ke dalam sebuah kotak yang menarik kemudian menggoncangkan kotak tersebut. 6. Guru meminta lima orang murid untuk mengambil satu kad berayat di dalam kotak dan mencari gambar gambar tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh orang Islam setelah baligh di dalam poket yang ditampal pada sekeliling dinding. 7. Setelah murid-murid mencari dan menjumpai gambar tersebut, mereka perlu menampal kedua-dua kad tersebut pada papan putih. |
Strategi :
Nilai :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Penutup
(2 Minit)
|
Rumusan isi pelajaran
yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
|
1. Guru merumuskan isi
pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
|
Nilai :
|
Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................. .............................................
( ) ( )
Ulasan
Catat Ulasan