Rancangan Pengajaran Harian 5 (Syafiq Aiman)
Rancangan Pengajaran Harian 5
Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman
Matapelajaran : Ibadah Darjah 3
Kelas : 3 Amanah
Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang
Bilangan : 20 orang murid
Tajuk : Wuduk
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai wuduk melalui pendidikan ibu bapa di rumah.
2) Murid-murid pernah mempelajari asas-asas wuduk semasa darjah 2.
3) Murid-murid pernah mengikuti Program Bestari Solat di sekolah.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat sah wuduk.
2) Murid-murid dapat menyenaraikan perkara-perkara yang dilarang ketika tiada wuduk.
3) Murid-murid dapat membaca dan mengamalkan doa selepas wuduk.
4) Murid-murid dapat memberikan contoh kelebihan berwuduk.
Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..
Penerapan Nilai : Khusyuk, dan istiqamah.
Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba, kad jawapan, kad berayat, poket letak gambar dan gambar.
Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2 Minit)
|
Ucapan
salam dan bacaan doa.
بِسْمِ
ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱللَّهُمَّ
ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا
أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai :
|
Set Induksi
(5 Minit)
|
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada tayangan video ini?
Andaian jawapan : Orang sedang mengambil wuduk.
2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar
yang cikgu tunjukkan?
Andaian jawapan : Wuduk.
|
1. Guru menayangkan video orang sedang mengambil wuduk pada papan
putih.
2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.
3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan
telah diketahuinya.
4. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
|
Kemahiran Berfikir :
Strategi :
Pendekatan :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 1
(10 Minit)
|
Syarat-syarat Sah Wuduk:
1. Islam.
2. Mumaiyiz.
3. Suci daripada haid dan nifas.
4. Tiada sesuatu yang boleh mengubahkan air wuduk.
5. Tiada sesuatu yang boleh menghalang air daripada terkena anggota
wuduk.
6. Mengetahui akan enam fardu wuduk .
7. Air Mutlak.
8. Meratakann air pada anggota wuduk dengan cukup teratur dan
sempurna.
9. Masuk waktu solat bagi orang yang uzur (Daimul Hadath).
|
1. Guru menyebutkan syarat-syarat sah wuduk secara satu persatu dan
murid-murid mengikut sebutan guru.
2. Guru menerangkan syarat-syarat sah wuduk secara lebih lanjut.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
|
Langkah 2
(7 Minit)
|
Larangan-larangan Semasa Tiada Wuduk :
1. Solat fardu atau sunat.
2. Menyentuh atau membawa Al-Quran.
3. Tawaf.
4. Berkhutbah.
5. Sujud Tilawah atau Syukur.
|
1. Guru menunjukkan beberapa gambar larangan-larangan semasa tiada
wuduk pada slaid.
2. Guru menyuruh murid-murid meneka apa yang mereka lihat pada
beberapa gambar tersebut.
3. Murid-murid cuba menjawab apa yang mereka lihat pada beberapa
gambar tersebut.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan subtajuk pelajaran
yang hendak dipelajari.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 3
(4 Minit)
|
Doa Selepas Wuduk :
أَشْهَدُ
أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ أَللَّهُمَّ ٱجْعَلْنِي مِنَ ٱلتَّوَّابِينَ
وَٱجْعَلْنِي مِنَ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ وَٱجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ ٱلصَّالِحِينَ
Ertinya : "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha
Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Sollallaahu
'Alaihi Wasallam adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah diriku
dalam kalangan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah diriku dalam kalangan
orang-orang yang bersuci dan jadikanlah diriku dalam kalangan hamba-hamba-Mu
yang soleh.
|
1. Guru membaca doa selepas wuduk pada slaid secara satu persatu dan murid-murid
mengikut bacaan guru.
2. Guru menyuruh murid-murid membaca semula doa selepas wuduk
bersama-sama tanpa guru.
|
Strategi :
Nilai :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 4
(Minit)
|
Kelebihan Berwuduk :
1. Mendapat perlindungan Allah.
2. Merupakan ibadat yang mendapat ganjaran pahala.
3. Orang yang berwuduk bermakna dirinya dalam keadaan bersih dan suci.
4. Menghapuskan dosa-dosa kecil.
|
1. Guru menayangkan slaid yang mengandungi ayat-ayat kelebihan
berwuduk dalam bentuk soalan yang mana salah satu perkataan daripada ayat itu
dibiarkan ruang yang kosong untuk murid-murid mengisikan jawapan.
2. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi satu
perkataan kelebihan berwuduk pada kad manila untuk dijadikan
sebagai kad jawapan dan kad jawapan ditampal di hujung sebelah kiri .
3. Guru meminta empat orang murid menjawab soalan yang diberikan
dengan mengambil satu kad jawapan.
4. Murid-murid mengambil satu kad jawapan dan menampal pada ruangan
kosong ayat kelebihan berwuduk.
5. Guru menyemak jawapan yang telah dibuat oleh murid-murid.
6. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 5
( Minit)
|
Perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk :
1. Menggunakan air secara berlebihan.
2. Membasuh anggota wuduk lebih tiga kali.
3. Mendahulukan anggota sebelah kiri.
4. Bercakap-cakap ketika mengambil wuduk.
5. Mengeringkan air wuduk dengan mengelap atau seumpamanya.
|
1. Guru menampal beberapa keping gambar perkara-perkara yang makruh
ketika mengambil wuduk pada kad manila.
2. Guru menampal kad manila yang dipotong berbentuk segi empat pada
sekeliling dinding di dalam kelas untuk dijadikan sebagai poket letak kad
bergambar.
3. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi
ayat-ayat perkara yang makruh ketika mengambil wuduk pada kad
manila untuk dijadikan sebagai kad berayat.
4. Guru meletakkan semua kad berayat tersebut ke dalam
sebuah kotak yang menarik kemudian menggoncangkan kotak tersebut.
5. Guru meminta lima orang murid untuk mengambil satu kad
berayat di dalam kotak dan mencari gambar perkara yang makruh ketika
mengambil wuduk di dalam poket yang ditampal pada sekeliling dinding.
6. Setelah murid-murid mencari dan menjumpai gambar tersebut, mereka
perlu menampal kedua-dua kad tersebut pada papan putih.
7. Guru menyemak jawapan yang telah dibuat oleh murid-murid.
8. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
|
Strategi :
Nilai :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Penutup
(3 Minit)
|
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang
penting.
|
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
|
Nilai :
|
Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................. .............................................
( ) ( )
Ulasan
Catat Ulasan