Rancangan Pengajaran Harian 7 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian 7


Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Solat Jumaat

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.

Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan dan permainan.


Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai solat Jumaat melalui pendidikan ibu bapa di rumah.

2) Murid-murid lelaki pernah mengikuti bapanya pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.


Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyebut pengertian solat Jumaat dan hukumnya.

2) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib solat Jumaat.

3) Murid-murid dapat memberikan contoh tujuan atau hikmah difardukan solat Jumaat.


Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..

Penerapan Nilai : Khusyuk, istiqamah dan hormat.

Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba.


Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi


(5 Minit)
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada tayangan video ini?

Andaian jawapan : Orang sedang bersolat berjemaah.

2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar   yang cikgu tunjukkan?

Andaian jawapan : Solat.
1. Guru menayangkan video orang sedang bersolat pada slaid di papan putih.

2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.

3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.

4. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin.
  • Komputer riba.
 Langkah 1


(7 Minit)
Pengertian Solat Jumaat :

Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada waktu Zohor hari Jumaat di masjid atau tempat tertentu yang dibenarkan dengan mendahului dua khutbah.

Hukum solat Jumaat bagi lelaki Islam : Fardu Ain.
1. Guru menerangkan pengertian solat Jumaat kepada murid-murid.

2. Guru menyatakan hukum solat Jumaat kepada murid-murid.



Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
 Langkah 2


(6 Minit)
Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat :

1. Islam.

2. Lelaki.

3. Baligh.

4. Tidak uzur.

5. Merdeka.

6. Bermastautin atau bermukim.

7. Berakal.
1. Guru menyebutkan syarat-syarat wajib solat Jumaat secara satu persatu dan murid-murid mengikut sebutan guru.

2. Guru menerangkan syarat-syarat wajib solat Jumaat kepada murid-murid secara lebih lanjut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  •  Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
Langkah 3

(Minit)
Tujuan atau Hikmah Difardukan Solat Jumaat :

1. Memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dimuliakan Allah (penghulu segala hari).

2. Sebagai satu hari perhimpunan mingguan umat Islam yang bersifat kerohanian.

3. Dapat mengeratkan persaudaraan dan perpaduan antara umat Islam dari pelbagai peringkat umur dan pangkat.

4. Dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari khutbah yang disampaikan sebelum solat Jumaat.

5. Melatih umat Islam hidup secara bermasyarakat.

6. Membina keyakinan dan kekuatan umat Islam terhadap keagungan Islam.

7. Dapat bertukar-tukar fikiran untuk kemajuan sesama umat Islam.
1. Guru menayangkan slaid yang mengandungi ayat-ayat tujuan atau hikmah difardukan solat jumaat dalam bentuk soalan yang mana salah satu perkataan daripada ayat itu dibiarkan ruang yang kosong untuk murid-murid mengisikan jawapan.

2. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi satu perkataan tujuan atau hikmah difardukan solat jumaat pada kad manila untuk dijadikan sebagai kad jawapan dan kad jawapan ditampal di hujung sebelah kiri .

3. Guru meminta empat orang murid menjawab soalan yang diberikan dengan mengambil satu kad jawapan.

4. Murid-murid mengambil satu kad jawapan dan menampal pada ruangan kosong ayat tujuan atau hikmah difardukan solat jumaat.

5. Guru menyemak jawapan yang telah dibuat oleh murid-murid.

6. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
Strategi :

  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :

  • Bersungguh-sungguh.

Teknik :

  • Permainan.
  • Soal jawab. 

Aktiviti :

  • Permainan.


Kemahiran :

  • Membaca.
  • Menaakul.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin. 
  • Komputer riba.
  • Kad jawapan.
 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.


Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular