Rancangan Pengajaran Harian 8 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian 8


Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Solat Jumaat

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.

Kaedah : Syarahan.


Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai solat Jumaat melalui pendidikan ibu bapa di rumah.

2) Murid-murid lelaki pernah mengikuti bapanya pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.


Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat sah solat Jumaat.

2) Murid-murid dapat menyebut hukum mengerjakan dan meninggalkan solat Jumaat.


Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..

Penerapan Nilai : Khusyuk, istiqamah dan hormat.

Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba.

Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi

(5 Minit)
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada tayangan video ini?

Andaian jawapan : Orang sedang bersolat berjemaah.

2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar   yang cikgu tunjukkan?

Andaian jawapan : Solat.
1. Guru menayangkan video orang sedang bersolat pada pada slaid di papan putih.

2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.

3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.

4. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin.
  • Komputer riba.
 Langkah 1

(7 Minit)
Syarat-syarat Sah Solat Jumaat :

1. Ditunaikan secara berjemaah.

2. Hendaklah ditunaikan dalam waktu Zohor.

3. Dilakukan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang yang cukup syarat-syaratnya berkekalan dari permulaan solat hingga ke akhirnya.

4. Diadakan di tempat orang bermastautin sama ada kampung atau bandar dan di tempat tertentu seperti di masjid.

5. Didahului dengan dua khutbah.
1. Guru menyebutkan syarat-syarat sah solat Jumaat secara satu persatu dan murid-murid mengikut sebutan guru.

2. Guru menerangkan syarat-syarat sah solat Jumaat secara lebih lanjut.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
 Langkah 2

(6 Minit)
Hukum Mengerjakan dan Meninggalkan Solat Jumaat :

Hukum mengerjakan solat  Jumaat : Fardu Ain ke atas setiap lelaki Muslim yang cukup syarat-syarat.

Hukum meninggalkan solat Jumaat : Berdosa besar jika meninggalkannya secara sengaja tanpa uzur syar'ie
1. Guru menyatakan hukum mengerjakan dan meninggalkan solat Jumaat kepada murid-murid dan menerangannya secara lebih lanjut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  •  Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular