Rancangan Pengajaran Harian 9 (Syafiq Aiman)

Rancangan Pengajaran Harian 9


Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 20 orang murid

Tajuk : Khutbah

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.

Kaedah : Syarahan, soal jawab, dan permainan.


Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid lelaki pernah mengikuti bapanya pergi ke masjid untuk mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.

2) Murid-murid pernah mengikuti ibu bapanya pergi ke masjid untuk mendengar khutbah hari raya  'Idul Fitri dan 'Idul Adha selepas menunaikan solat sunat hari raya 'Idul Fitri dan 'Idul Adha.



Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyebut pengertian khutbah.

2) Murid-murid dapat menyenaraikan rukun khutbah.

3) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat sah dua khutbah.


Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..

Penerapan Nilai : Khusyuk, istiqamah dan hormat.

Bahan Bantu Mengajar : Teks ucapan khutbah dan tongkat.


Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi




(5 Minit)
Guru membaca khutbah sambil memegang tongkat.
1. Guru menyediakan teks ucapan khutbah dan membacanya pada bahagian kalimah pujian bagi Allah, ayat Al-Quran, kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan wasiat dengan takwa sambil memegang tongkat.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Teks ucapan khutbah.
  • Tongkat.
 Langkah 1




(7 Minit)
Pengertian Khutbah :

Ucapan yang dibaca oleh imam atau khatib sebanyak dua kali berturut-turut yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah, nasihat, pengajaran, ilmu pengetahuan serta selawat dan salam kepada Rasullullah.

Hukum khutbah : Wajib bagi solat Jumaat.
1. Guru menerangkan pengertian khutbah kepada murid-murid.

2. Guru menyatakan hukum khutbah kepada murid-murid.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
 Langkah 2




(6 Minit)
Rukun Khutbah :

1. Memuji Allah pada kedua-dua khutbah dengan sekurang-kurangnya melafazkan kalimah Al-Hamdulillah.

2. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad pada kedua-dua khutbah sekurang-kurangnya : Allaahumma Solli 'Alaa Muhammad Wa'alaa Aaaaaali Muhammad.

3. Berpesan memberi peringatan kepada jemaah supaya mereka bertakwa kepada Allah seperti melafazkan kalimah Ittaqullaah atau Athii'ullaah.

4. Membaca satu ayat daripada Al-Quran dalam salah satu daripada dua khutbah. Sebaiknya dibaca dalam khutbah yang pertama.

5. Mendoakan orang-orang mukmin dalam khutbah yang kedua seperti :

ٱللَّهُمَّ ٱغْفِرْ
لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ
1. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi rukun-rukun khutbah pada kad manila yang dipotong berbentuk bulat untuk dijadikan sebagai roda berputar.

2. Guru meminta beberapa orang murid untuk datang ke depan dan memusingkan roda berputar.

3. Jika roda berputar itu berhenti berputar dan salah satu rukun khutbah itu terkena pada jarum penunjuk, maka murid-murid perlu menunjukkan contoh berdasarkan rukun khtbah yang mereka dapat.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.
  • Bersungguh-sungguh.

Teknik :
  • Permainan.
  • Demonstrasi..

Aktiviti :

  • Permainan

Kemahiran :
  • Menaakul.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

  • Roda berputar.
  Langkah 3 

(4 Minit)
Syarat-syarat Sah Dua Khutbah :

1. Membaca semua rukun khutbah dalam bahasa Arab.

2. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zohor hari Jumaat.

3. Berturut-turut kesemua rukunnya antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

4. Khatib hendaklah berkeadaan suci daripada hadas dan najis pada badan, pakaian dan tempat.

5. Khatib hendaklah menutup aurat.

6. Khatib hendaklah berdiri semasa menyampaikan khutbah bagi yang mampu berdiri.

7. Khatib hendaklah duduk di antara dua khutbah pada kadar toma'ninah.

8. Khutbah hendaklah didengari oleh sekurang-kurangnya 40 orang termasuk khatib berkekalan dari awal hingga selesai solat Jumaat.
1. Guru menyebutkan syarat-syarat sah khutbah secara satu persatu dan murid-murid mengikut sebutan guru.

2. Guru menerangkan syarat-syarat sah khutbah secara lebih lanjut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  •  Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
 Penutup

(2 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular