Rancangan Pengajaran Harian 6 (Syafiq Aiman)
Rancangan Pengajaran Harian 6
Nama Guru : Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman
Matapelajaran : Ibadah Darjah 3
Kelas : 3 Amanah
Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang
Bilangan : 20 orang murid
Tajuk : Solat
Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.
Kaedah : Syarahan, soal jawab, permainan, demonstrasi dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada :
1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai asas-asas solat melalui pendidikan ibu bapa di rumah.
2) Murid-murid telah mengetahui dan mengingati kembali pengertian solat semasa darjah 2.
3) Murid-murid pernah mengikuti ibu bapanya pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu berjemaah.
4) Murid-murid pernah mengikuti Program Bestari Solat di sekolah.
Hasil Pembelajaran :
1) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat sah solat.
2) Murid-murid dapat menyenaraikan rukun-rukun solat.
3) Murid-murid dapat menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat.
4) Murid-murid dapat memberikan contoh kelebihan solat.
Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..
Penerapan Nilai : Khusyuk, istiqamah dan sabar.
Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba, roda berputar dan gambar.
Masa /
Langkah
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2
Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
بِسْمِ
ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱللَّهُمَّ
ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ
يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai :
|
Set
Induksi
(5 Minit)
|
1. Apakah yang
murid-murid dapat lihat pada tayangan video ini?
Andaian jawapan : Orang
sedang bersolat.
2. Tahukah murid-murid
apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar yang cikgu tunjukkan?
Andaian jawapan : Solat.
|
1. Guru menayangkan video
orang sedang bersolat pada papan putih.
2. Guru mengajukan soalan
kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.
3. Murid-murid menjawab
soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.
4. Guru mengaitkan video
tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
|
Kemahiran Berfikir :
Strategi :
Pendekatan :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah 1
(10 Minit)
|
Syarat-syarat Sah Solat:
1. Suci daripada hadas.
2. Suci daripada najis.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap kiblat.
5. Masuk waktu.
6. Mengetahui kaifiat solat.
|
1. Guru menyebutkan syarat-syarat sah solat secara satu persatu dan
murid-murid mengikut sebutan guru.
2. Guru menerangkan syarat-syarat sah solat kepada murid-murid secara lebih lanjut.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Kemahiran :
|
Langkah 2
(5 Minit)
|
Rukun-Rukun Solat :
1. Niat.
2. Qiam.
3. Takbiratul Ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Rukuk serta thuma'ninah.
6. I'tidal serta thuma'ninah.
7. Sujud serta thuma'ninah.
8. Duduk antara dua sujud serta thuma'ninah.
9. Duduk tasyahud akhir.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tasyahud akhir.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib, iaitu mengikut susunan rukun.
|
1. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi rukun-rukun
solat pada kad manila yang dipotong berbentuk bulat untuk dijadikan
sebagai roda berputar.
2. Guru meminta beberapa orang murid untuk datang ke depan dan
memusingkan roda berputar.
3. Jika roda berputar itu berhenti berputar dan salah satu rukun solat
itu terkena pada jarum penunjuk, maka murid-murid perlu menunjukkan cara
berdasarkan rukun solat yang mereka dapat.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Langkah
3
(5 Minit)
|
Perkara Yang Membatalkan Solat :
Seorang lelaki sedang bersujud tiba-tiba bahagian belakang kain baju itu terlondeh sehingga ternampak kulit belakang badan. Adakah sah solat seorang lelaki itu? |
1. Guru membuat aktiviti
perbincangan dengan murid-murid mengenai situasi perkara yang
membatalkan solat.
2. Guru dan murid-murid
menyemak jawapan hasil perbincangan mereka bersama-sama.
|
Kemahiran Berfikir :
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
|
Langkah
4
(Minit)
|
Kelebihan Solat :
1. Membentuk jiwa.
2. Menghindarkan perbuatan keji dan munkar.
3. Melatih diri bersifat sabar.
4. Mendisiplinkan diri.
5. Menyihatkan tubuh badan.
|
1. Guru menayangkan slaid yang mengandungi ayat-ayat kelebihan solat dalam bentuk soalan yang mana salah satu perkataan daripada ayat itu dibiarkan ruang yang kosong untuk murid-murid mengisikan jawapan.
2. Guru menampal kertas bercetak yang mengandungi satu perkataan kelebihan solat pada kad manila untuk dijadikan sebagai kad jawapan dan kad jawapan ditampal di hujung sebelah kiri .
3. Guru meminta empat orang murid menjawab soalan yang diberikan dengan mengambil satu kad jawapan.
4. Murid-murid mengambil satu kad jawapan dan menampal pada ruangan kosong ayat kelebihan solat.
5. Guru menyemak jawapan yang telah dibuat oleh murid-murid.
6. Guru memuji murid-murid dan memberikan mereka hadiah.
|
Strategi :
Nilai :
Teknik :
Aktiviti :
Kemahiran :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
|
Penutup
(3 Minit)
|
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang
penting.
|
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
|
Nilai :
|
Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................. .............................................
( ) ( )
Ulasan
Catat Ulasan