Rancangan Pengajaran Harian (Pengajaran Mikro)

Rancangan Pengajaran Harian 


Nama Guru : 1) Muhammad Arieff Bin Azman 
                        2) Muhammad Syafiq Aiman Bin Rahman

Matapelajaran : Ibadah Darjah 3

Kelas : 3 Amanah

Tarikh : 13 Januari 2019

Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Bilangan : 49 orang murid

Tajuk : Wuduk

Kemahiran : Membaca, mendengar, melihat dan menaakul.

Kaedah : Syarahan, soal jawab, dan permainan.


Pengetahuan Sedia Ada : 

1) Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai wuduk melalui pendidikan ibu bapa di rumah.

2) Murid-murid pernah mempelajari asas-asas wuduk semasa darjah 2.

3) Murid-murid pernah mengikuti Program Bestari Solat di sekolah.


Hasil Pembelajaran :

1) Murid-murid dapat menyatakan syarat-syarat sah wuduk.

2) Murid-murid dapat menyenaraikan perkara-perkara yang dilarang ketika tiada wuduk.

3) Murid-murid dapat membaca dan mengamalkan doa selepas wuduk.

4) Murid-murid dapat memberikan contoh kelebihan berwuduk.


Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan dan membuat kesimpulan..

Penerapan Nilai : Khusyuk, dan istiqamah.

Bahan Bantu Mengajar : Pemancar cahaya skrin, komputer riba, papan putih, pen marker dan kad berperkataan.


Masa / Langkah   
Isi Pelajaran   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  
 Catatan 
 Pendahuluan

(2 Minit) 
Ucapan salam dan bacaan doa.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱللَّهُمَّ ٱفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَٱنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.

2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
  • Khusyuk.
  • Hormat.
  Set Induksi

(5 Minit)
1. Apakah yang murid-murid dapat lihat pada tayangan video ini?

Andaian jawapan : Anggota-anggota wuduk.

2. Tahukah murid-murid apa yang ingin cikgu ajar berdasarkan gambar yang cikgu tunjukkan?

Andaian jawapan : Wuduk.
1. Guru menayangkan video orang sedang mengambil wuduk pada papan putih.

2. Guru mengajukan soalan kepada murid-murid mengenai gambar tersebut.

3. Murid-murid menjawab soalan guru dengan jawapan yang sesuai dan telah diketahuinya.

4. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.
Kemahiran Berfikir :
  • Membuat perkaitan.
  • Sumbang saran 

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Pendekatan :
  • Deduktif

Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Gambar.
 Langkah 1

(10 Minit)
Syarat-syarat Sah Wuduk:

1. Islam.

2. Mumaiyiz.

3. Suci daripada haid dan nifas.

4. Tiada sesuatu yang boleh mengubahkan air wuduk.

5. Tiada sesuatu yang boleh menghalang air daripada terkena anggota wuduk.

6. Mengetahui akan enam fardu wuduk .

7. Air Mutlak.

8. Meratakann air pada anggota wuduk dengan cukup teratur dan sempurna.

9. Masuk waktu solat bagi orang yang uzur (Daimul Hadath).
1. Guru menyebutkan syarat-syarat sah wuduk secara satu persatu berdasarkan pada slaid dan murid-murid mengikut sebutan guru.

2. Guru menerangkan syarat-syarat sah wuduk secara lebih lanjut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
Nilai :
  • Menumpukan perhatian.

Teknik :
  • Syarahan.

Kemahiran :
  • Mendengar.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

  • Pemancar cahaya skrin.
  • Komputer riba.
 Langkah 2

(7 Minit)
Larangan-larangan Semasa Tiada Wuduk :

1. Solat fardu atau sunat.

2. Menyentuh atau membawa Al-Quran.

3. Tawaf.

4. Berkhutbah.

5. Sujud Tilawah atau Syukur.
1. Guru menunjukkan beberapa gambar larangan-larangan semasa tiada wuduk pada slaid.

2. Guru menyuruh murid-murid meneka apa yang mereka lihat pada beberapa gambar tersebut.

3. Murid-murid cuba menjawab apa yang mereka lihat pada beberapa gambar tersebut.

4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan subtajuk pelajaran yang hendak dipelajari.

Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.

Teknik :
  • Soal jawab. 

Aktiviti :
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Melihat.
  • Menaakul.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin. 
  • Komputer riba.
  Langkah 3 

(4 Minit)
Doa Selepas Wuduk :


أَشْهَدُ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ أَللَّهُمَّ ٱجْعَلْنِي مِنَ ٱلتَّوَّابِينَ وَٱجْعَلْنِي مِنَ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ وَٱجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ ٱلصَّالِحِينَ

Ertinya : "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Sollallaahu 'Alaihi Wasallam adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah diriku dalam kalangan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah diriku dalam kalangan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah diriku dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.
1. Guru membaca doa selepas wuduk pada slaid secara satu persatu dan murid-murid mengikut bacaan guru.

2. Guru menyuruh murid-murid membaca semula doa selepas wuduk bersama-sama tanpa guru.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Bersungguh-sungguh.

Aktiviti :
  • Membaca doa selepas wuduk secara beramai-ramai.

Kemahiran :
  • Membaca.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Pemancar cahaya skrin. 
  • Komputer riba.
 Langkah 4

(Minit)
Kelebihan Berwuduk :

1. Mendapat perlindungan Allah.

2. Merupakan ibadat yang mendapat ganjaran pahala.

3. Orang yang berwuduk bermakna dirinya dalam keadaan bersih dan suci.

4. Menghapuskan dosa-dosa kecil.

1. Guru menulis ayat-ayat kelebihan berwuduk pada papan putih dan guru membaca ayat-ayat kelebihan berwuduk secara satu persatu.

2. Murid-murid mengikut guru membaca ayat-ayat kelebihan berwuduk bersama-sama.

3. Guru menerangkan kelebhan berwuduk kepada murid-murid secara lebih lanjut.

4. Guru membuat satu permainan iaitu guru membuat satu kad yang mempunyai satu perkataan berkenaan dengan kelebihan berwuduk.

5. Guru meminta beberapa orang murid datang ke depan dan mengambil satu kad berperkataan dan murid-murid perlu menjawab soalan dengan membina ayat berkenaan dengan kelebihan berwuduk.

6. Guru memuji murid-murid yang berjaya menjawab soalan tersebut.


Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.

Teknik :
  • Permainan.
  • Soal jawab.
  • Syarahan.

Aktiviti :
  • Permainan.
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Membaca.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Kad berperkataan.
  • Papan putih.
  • Pen marker.
Langkah 5

( Minit)
Perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk :

1. Menggunakan air secara berlebihan.

2. Membasuh anggota wuduk lebih tiga kali.

3. Mendahulukan anggota sebelah kiri.

4. Bercakap-cakap ketika mengambil wuduk.

5. Mengeringkan air wuduk dengan mengelap atau seumpamanya.
1. Guru menulis ayat-ayat perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk pada papan putih dan guru membaca ayat-ayat perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk secara satu persatu.

2. Murid-murid mengikut guru membaca ayat-ayat perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wudukbersama-sama.

3. Guru menerangkan perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk kepada murid-murid secara lebih lanjut.

4. Guru membuat satu permainan iaitu guru membuat satu kad yang mempunyai satu perkataan berkenaan dengan perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk.

5. Guru meminta beberapa orang murid datang ke depan dan mengambil satu kad berperkataan dan murid-murid perlu menjawab soalan dengan membina ayat berkenaan dengan perkara-perkara yang makruh ketika mengambil wuduk.

6. Guru memuji murid-murid yang berjaya menjawab soalan tersebut.
Strategi :
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan murid.
  • Berpusatkan bahan.

Nilai :
  • Berani mencuba.

Teknik :
  • Permainan.
  • Soal jawab.
  • Syarahan.

Aktiviti :
  • Permainan.
  • Soal jawab.

Kemahiran :
  • Membaca.
  • Menaakul.


Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  • Kad berperkataan.
  • Papan putih.
  • Pen marker.
 Penutup

(3 Minit)
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari : Mengulangi isi pelajaran yang penting.
1. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid.
Nilai :

  • Khusyuk.
  • Berdisiplin.
  • Patuh.

Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya yang sedang mengajar. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan oleh :                                                                               Disahkan oleh :


.............................................                                                              .............................................   
(                                            )                                                            (                                            )

Ulasan

Catatan Popular