Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan
Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set
andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan.
Jenis-jenis Pendekatan
1) Pendekatan induktif
2) Pendekatan deduktif
3) Pendekatan eklektik
4) Pendekatan komunikatif
5) pendekatan tematik
6) Pendekatan interaksional
7) Pendekatan pengalaman bahasa
8) Pendekatan bersepadu
9) Pendekatan masteri
Konsep Induktif
1. Sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran guru perlu menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid
membuat rumusan.
2. Murid dibimbing melalui
aktiviti penyoalan supaya dapat membuat kesimpulan sendiri.
3. Pelbagai contoh yang
mengandungi ciri-ciri yang sama untuk memudahkan murid membuat kesimpulan
samada daripada guru atau murid.
4. Guru menyediakan alat bantu
mengajar yang bersesuaian.
5. Aktiviti perlu
di pelbagaikan dan menarik perhatian murid.
Jenis-jenis Pendekatan Induktif
1. Membentuk satu generalisasi
daripada contoh-contoh tertentu.Contohnya, mencari ciri segitiga yang sama
daripada pelbagai jenis segitiga.
2. Membentuk satu prinsip
daripada ujikaji tertentu. Contohnya, mendapat prinsip graviti
daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
3. Membentuk satu hukum
daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa
daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
4. Membentuk satu
teori melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari
hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat
teori sudut segitiga.
5. Mendapat satu teori daripada
satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk
mendapatkan satu teori pembelajaran.
Langkah-langkah Strategi Pengajaran
dengan Pendekatan Induktif
Peringkat 1 (Perancangan)
• Menentukan objektif pelajaran
• Menyediakan contoh-contoh
• Menyediakan soalan
• Menyediakan alat bantu mengajar
Peringkat 2 (Pendedahan)
• Set induksi
• Mengemukakan contoh-contoh.
• Memerhatikan contoh-contoh.
Peringkat 3 (Pembentukan konsep
mentafsir ciri-ciri)
• Mengenalpasti ciri-ciri
• Menganalisis ciri-ciri
Peringkat 4 (Pembentukan
kesimpulan)
• Merumuskan ciri-ciri
• Membuat generalisasi
• Menerangkan fungsi
kesimpulan,hukum,prinsip,teori atau teorem
Peringkat 5 (Penutup)
• Membuat kesimpulan kognitif.
• Membuat kesimpulan sosial
• Memberi aktiviti susulan.
Konsep Pendekatan Deduktif
1. Pendekatan ini selaras
dengan teori pembelajaran Gestalt.
2. Pengajaran dengan
mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.
3. Bematlamatkan pemerolehan
struktur kognitif.
4. Pendekatan ini lebih banyak
menekankan aspek tulisan.
Prinsip-prinsip Pendekatan Deduktif
1. Generalisasi pada permulaan
pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.
2. Contoh-contoh yang digunakan
mestilah sesuai dan mencukupi.
3. Contoh tidak harus datang
dari guru sahaja tetapi juga dari murid.
4. Contoh mesti betul supaya
murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain.
5. Pemahaman generalisasi murid
mesti dinilai melalui pelbagai cara.
Prosedur Pengajaran Deduktif
1) Peringkat pendedahan
Guru memulakan pengajaran dengan
meyediakan murid terlebih dahulu, kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan
pengajaran dan isi pengajaran.
2) Peringkat mengemukakan
generalisasi.
Guru menenrangkan peraturan,rumus
tatabahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.
3) Peringkat menganalisis
konsep.
Pengajaran guru tertumpu kepada
usaha menjelaskan generalisasi kepada pelajar.
Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.
4) Peringkat mencubakan
generalisasi.
Dijalankan dalam bentuk berkumpulan.
Melihat kembali kebolehan pelajar
menguasai kemahiran tertentu.
5) Peringkat penutup
Guru membuat kesimpulan berdasarkan
perkara-perkara yang telah dipelajari.
Guru memberikan aktiviti tambahan
untuk meningkatkan kefahaman.
Konsep Pendekatan Elektif
1. Elektif bererti pemilihan,
eklektik bermakna bercampur.
2. Gabungan pendekatan
digunakan.
3. Menggabungkan pendekatan
indukti dan deduktif.
4. Banyak digunakan dalam
pengajaran sains dan matematik.
5. Boleh gunakan strategi pemusatan
guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan.
6. Digunakan dalam aktiviti
pemulihan dan pengayaan.
Konsep Pendekatan Komunikatif
1. Secara umum, pendekatan ini
member fokus khusus kepada murid.
2. Manusia perlu berkomunikasi
untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi
keperluan dan kehendaknya.
3. Manusia berkomunikasi untuk
menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan
perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.
4. Prinsip asas pendekatan
komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan
aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya.
5. Proses pengajaran bahasa
dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.
Prinsip Pendekatan Komunikatif
Brumfit dan Johnson (1989) & Littlewood (1981)
1) Prinsip komunikasi
Aktiviti pembelajaran melibatkan
cara berkomunikasi.
2) Prinsip tugasan
Tugasan yang diberikan akan disulami
dengan aktiviti komunikasi akan memberikan makna kepada pelajar.
3) Prinsip yang lebih bermakna
Pembelajaran bahasa yang bermakna
akan menggalakkan keinginan mempelajari bahasa yang seterusnya.
Prinsip-Prinsip Pendekatan
Komunikatif
1. Bahasa sasaran adalah alat
yang digunakan untuk komunikasi bilik darjah dan bukan semata-mata sebagai
objek untuk dipelajari.
2. Sesuatu fungsi komunikasi
boleh memiliki pelbagai bentuk linguistik.
3. Permainan sangatlah penting
kerana mempunyai aktiviti komunikasi.
4. Pelajar seharusnya diberi
peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka.
5. Satu daripada tangungjawab
guru ialah meyediakan situasi pembelajaran yang menggalakkan komunikasi.
Pendekatan Tematik
1. Diartikan sebagai pokok
pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian.
2. Berkait rapat dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan.
3. Sesuai digunakan sebagai
proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan.
Konsep Pendekatan Masteri
1. Memastikan murid dapat
menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap.
2. Menguasai kemahiran melalui
latih tubi.
Ulasan
Catat Ulasan